Sunday, November 08, 2009

Siapa teman yang paling baik?

Dari Ibnu Abbas R.A beliau berkata "Rasulullah SAW ditanya, Siapakah diantara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab ' Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan bicaranya, dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalnya " (Hadith riwayat Imam Abdu b. Humaid)
Minggu yang panjang. Penuh aktiviti. Banyak manfaat yang dapat. Looking forward to start a new week tomorrow. Hadis di atas dikongsi oleh kak Asma semasa kuliah aqidah jumaat lepas. Best kan hadis ni? Jadi peringatan kita sebagai seorang kawan dan juga untuk memilih kawan.

Thursday, November 05, 2009

21 Hari

Ada perjanjian sulit dengan housemate. 21 hari. Mengikut perjanjian asal 21 hari berturut-turut. Haaa.. perjanjian apa?

Perjanjian masak untuk dia selama 21 hari berturut-turut. Hehehehe. Ini kes nak balik Malaysia hari tu. Tak larat guwe nak angkut beg ke airport sorang-sorang naik bas. Jadi, minta tolong housemate sambil menabur janji-janji manis. Rupanya, janji-janji manisku menjadi perjanjian yang benar. Housemate kata 21 hari berturut-turut. Tapi guwe tak mampu nak masak setiap hari sebab dalam seminggu ada 2 hari kelas bahasa di waktu malam. Jadinya, dalam seminggu dua hari guwe akan menjadi nomad merempat di rumah kawan berdekatan dengan Uni ni.

Ahad lepas dah masak. Isnin dah masak. Yay! tinggal 19 hari lagi. Malam ni nak masak apa yer? Ada sotong (dah masak sambal sotong Isnin lepas), ada ikan kembong, ada udang...sayur berlambak-lambak lagi ada dalam peti sejuk tu. Ermmm dah lama tak makan ikan masak taucu.

Tuesday, November 03, 2009

Taubat

Tidak tahu mana hendak mula. Sudah lebih setengah jam berada di hadapan komputer ini. Setiap kali lengkap satu ayat yang dibuat sebelum ini, terus saya tekan butang backspace. Zaa sudah lena dibuai mimpi. Housemate keseorangan malam ini. Kelas Arabic berakhir pukul 9. Tak larat den nak balik malam-malam buta. Hari ini, belajar nahu. Bila hendak dibaris bawahkan huruf, bila hendak di baris hadapankan danbanyak lagi.

Sambil belajar 'rules' sambil ustaz pesan. Lihat di dalam Al Quran. Sambil baca sambil semak semula apa yang dipelajari. InsyaAllah, kita akan rasa more engaging with Quran when we read it. Jadi, wajiblah dipraktiskan selepas ini.

Hendak berkongsi apa yang dibaca mengenai taubat. Kita kalau dengar jer perkataan taubat, terus bayangkan orang yang bertaubat tu sebab buat dosa besar. Lupa bahawa dosa-dosa kecil tu pun akan menggunung menjadi besar. Dosa-dosa batin yang tak nampak pun, boleh menghitamkan hati.

Bukan apa, esok lusa tak tahu mati bila. Jika tangguh taubat tu, sempatkah kita? Boleh ker cakap pada Izrail, "tunggu jap..aku nak bertaubat dulu, jangan cabut nyawa aku." Bertaubat itu adalah wajib dan harus dilakukan berterusan. Seseorang itu tidak akan terlepas daripada melakukan maksiat yang dilakukan oleh tubuh badan. Jika dapat menghidari maksiat secara zahir pun, kita tak terlepas daripada melakukan dosa-dosa batiniyah, yakni dosa-dosa yang disebabkan sifat-sifat buruk di dalam hati. Kita juga tak terlepas daripada pujukan syaitan yang sentiasa nak menyeleweng kita, atau ingin buat kita lupa ada Allah.

Apabila kita membuat dosa, maka naiklah titik titik hitam di hati kita. Jika tidak bertaubat, hati terus menerus menjadi gelap. Hati yang kotor dan berkarat bagaikan karat yang melekat pada besi.
"Bahkan apa yang mereka kerjakan itu menjadi karat pada hati mereka"
(Surah Al-Muthaffifin, ayat 14)
Maka dengan taubat ini, kita dapat membersihakan karat yang menyelaputi hati seterusnya mengangkat kegelapan dari hati. Jika kegelapan sudah lenyap, hati yang bercahaya, timbulnya ketaatan dan pengabdian. Jika hati masih belum suci/bersih maka sukar untuk timbul kebaikan-kebaikan secara ikhlas.

Sabda Rasulullah,

"Ikutilah keburukan itu dengan kebaikan, maka kebaikan itu akan memadamkan keburukan"
Jadi, untuk memadamkan kegelapan hati, maka buatlah kebaikan sebanyak mungkin. Di kala masih diberi kesihatan yang baik, usahalah untuk beribadah dan berbuat kebaikan sebanyak mungkin. Semoga kebaikan yang dilakukan dapat memadamkan dosa2 yang terpalit. InsyaAllah..yang penting berusahalah menjadi insan yang lebih baik.

Wahai hati, jangan engkau mati.
Pergi maksiat, pergi dosa,
Jangan engkau terus lekat.
Biar damai hati,
Biar suci,
Biar bersih,
di hadapan Ilahi.
InsyaAllah...


Monday, November 02, 2009

Happy dan semangat!

Salam,

I want to jot this down before this feeling gone. I'm so so happy. Thank you Allah. For giving me this hope and please Allah jangan timbulkan rasa riyak dan ujub dalam hati ini.

Pagi ni buka-buka mata dah check email. Got an email from supervisor. Email asking my permission to send an abstract for a conference based on my recent works. I can't stop smiling. Instead of me beria-ria nak hantar abstract, dia pula yang minta. He told me last week, how excited he is to publish or present my works. Now, I have find novelty in my work. Good job mimi...good job.

Semoga akan terus semangat mengharungi perjalanan PhD ini.Semoga jadi inspirasi untuk kawan-kawan yang buat PhD. I was so demotivated a month ago. But, never fail to pray to God. To give me strength. I have put all my confidents on Him. Because I know, Allah pasti dengar doa saya.

Pengharapan pada Allah, pasti akan berbalas. Tapi pada manusia, kita pasti akan dikecewakan...should remember that!

Sunday, November 01, 2009

Paintball

Hari ini hujan hampir sepanjang hari dari pagi hingga ke malam. Sejuk mengigit tulang. Tapi hujan sentiasa membawa rahmat Tuhan. Hari ini bersama geng pergi bermain paintball. Semangat! hujan tak hujan kami redah juga. Namanya pun perempuan, alahai...semuanya lemah gemalai je nak siap pakai baju & mask bersiap sedia bertempur.

Tapi masing-masing terkorban di medan perang. Masuk jer waktu tengahari, kami berpakat untuk cabut lari dari medan perang. Alasannya, bilangan kami sudah berkurangan (ada sisters kena balik awal sebelum tu). Lagipun, sudah kurang 'fun' nya bila kami di campur dengan geng omputih yang tidak dikenali. Kami juga sudah kehabisan peluru. Dan alasan yang paling boleh pakai sekali adalah kerana waktu Zohor sudah menjelang dan game masih banyak lagi sedangkan waktu sembahyang sangat singkat di kala winter time ini.

Kesimpulannya, weekend ni rasa gembira. Hidup makin terurus. Makin tenang. Makin gembira.

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”

Aminnnn!

Saturday, October 31, 2009

Trick or treat?

Orang melayu kat sini ramai dah yang jadi 'hantu'. Omputih nak jadi hantu, dia pun nak ikut sama jadi hantu. Haihhh!!!... di ajak pi jadi baik ala-ala malaikat taknak la pulak.

Hurm...macam-macam... Dunia...dunia..

Thursday, October 29, 2009

Happy birthday Aliyah


Projek petang tadi. Birthday cake untuk Aliyah (anak officemate). Kek kurang manis. Tak moist sangat.Tapi Aliyah sangat suka sebab ada POOH. Bawak kek ni dari rumah hinggalah ke Govanhill tu. Sampai jer kat rumah kawan tu huruf B dan jatuh.Kui Kui Kui, kek tak sama tinggi, ditambah goncangan bas sepanjang perjalanan. Nasib baik Auntie Mimi bawak spare white choc utk tulisan tu.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP